TERMA, SYARAT & POLISI PRIVASI
(TERMS, CONDITIONS & PRIVACY POLICY)
Laman Web:
Tarikh Kemaskini: 01 Februari 2026
Selamat datang ke Secondary Cheestory Production. Dengan membeli akaun dan menggunakan perkhidmatan kami, anda bersetuju dengan terma berikut:
1. Lesen Penggunaan Akaun (PENTING)
Akses Peribadi: Setiap akaun adalah untuk kegunaan seorang (1) pengguna sahaja.
Larangan Berkongsi: Anda DILARANG berkongsi Username dan Password dengan individu lain.
Tindakan Keselamatan: Sistem kami memantau corak log masuk. Jika akaun dikesan disalahguna (dikongsi secara haram), pihak kami berhak menyekat (ban) akaun tersebut serta-merta tanpa notis dan tanpa pulangan wang.
2. Polisi Data & Penyimpanan Rekod (Data Privacy)
Demi menjaga privasi dan prestasi peranti anda, sistem kami beroperasi seperti berikut:
Penyimpanan Lokal (Local Storage): Segala rekod markah kuiz dan nama pemain disimpan secara lokal di dalam "Browser Storage" peranti anda sendiri. Data ini TIDAK dihantar ke server kami.
Privasi Mutlak: Pihak admin atau pengguna lain tidak boleh melihat rekod markah anda. Hanya anda yang boleh melihat rekod tersebut pada peranti yang anda gunakan.
Auto-Reset (Prestasi Website): Untuk memastikan website kekal laju dan tidak membebankan peranti, sistem akan memadam rekod lama secara automatik pada setiap 1 haribulan.
Kawalan Pengguna: Anda bebas memadam rekod anda pada bila-bila masa dengan membuang Cache atau Browsing Data pada pelayar web (browser) anda.
3. Polisi Pemulangan Wang (No Refund Policy)
Memandangkan produk ini adalah akses digital yang dihantar serta-merta, TIADA PEMULANGAN WANG (NO REFUND) dibenarkan selepas butiran log masuk diberikan.
Sila pastikan anda berpuas hati dengan penerangan produk sebelum membuat pembayaran.
4. Hak Cipta
Segala kandungan, soalan kuiz, dan kod sumber di laman web ini adalah hak milik Cheestory Production. Sebarang penyalinan atau penyebaran semula kandungan tanpa kebenaran adalah dilarang.
5. Penafian (Disclaimer)
Laman web ini disediakan "seadanya". Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang gangguan teknikal yang di luar kawalan kami atau kehilangan rekod data akibat pembersihan cache oleh pengguna sendiri.
Hubungi Kami
Sebarang masalah teknikal atau pertanyaan akaun boleh diajukan kepada:
📧 Email: admin@cheestoryproduction.com