📖 SEJARAH TINGKATAN 5
BAB 8: MEMBINA KEMAKMURAN NEGARA
(Disarankan untuk paparan yang lebih luas dan fokus.)
🗺️ Peta Nota Ringkas
Klik pada tahap di bawah untuk membaca nota penuh.
📈 8.1 Pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
🛠️ 8.2 Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
🏢 8.3 Pembentukan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
⚙️ 8.4 Pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
🏆 8.5 Pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
🃏 Kad Memori Glosari
Klik kad untuk menterbalikkan istilah dan maksudnya.
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Dasar pembangunan ekonomi dan perpaduan negara yang dilaksanakan dalam tempoh 20 tahun bermula pada tahun 1970 hingga tahun 1990 untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1)
Rangka rancangan yang merangkumi empat Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia bagi melaksanakan DEB.
Majlis Perundingan Negara (MAPEN)
Ditubuhkan pada bulan Januari 1970 yang dianggotai pelbagai lapisan masyarakat. Bertujuan mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi nasional. Hasilnya, DEB terbentuk.
Tun Abdul Razak Hussein
Perdana Menteri Malaysia kedua yang memberikan penerangan berkaitan dengan DEB dan melancarkan Rancangan Buku Hijau pada 20 Disember 1974.
Dr. Rais Saniman
Pakar ekonomi dari Malaysia yang diamanahkan untuk merancang dan merangka Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Dr. Just Faaland
Pakar ekonomi dari Norway yang diamanahkan untuk merancang dan merangka Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Dr. Jack R. Parkinson
Pakar ekonomi dari Britain yang diamanahkan untuk merancang dan merangka Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Rancangan Buku Hijau
Rancangan yang dilancarkan pada 20 Disember 1974 untuk menambahkan pendapatan rakyat dan pengeluaran bahan makanan dengan memberikan tumpuan kepada penggunaan tanah yang sepenuhnya.
Lembaga Beras Dan Padi Negara (LPN)
Ditubuhkan pada tahun 1971 untuk mengawal selia sektor padi dan beras serta menstabilkan harga padi. Pada tahun 1994, dikenali sebagai Beras Nasional (BERNAS).
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
Ditubuhkan pada tahun 1971 untuk meningkatkan taraf hidup nelayan dan memodenkan industri perikanan.
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
Ditubuhkan pada tahun 1973 untuk membantu pekebun kecil, petani dan peladang yang terlibat dalam kegiatan koperasi.
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Ditubuhkan pada tahun 1973 untuk membantu dalam penyelidikan dan penanaman semula getah.
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Agensi yang membuka tanah baharu untuk pertanian secara teratur. Penduduk miskin dipindahkan ke kawasan FELDA dengan pemberian tanah 10 ekar.
Yayasan Sabah
Ditubuhkan pada tahun 1966 untuk sedia peluang pendidikan dan agih kekayaan ekonomi seimbang di Sabah. Turut bekerjasama dengan FELDA buka Felda Wilayah Sahabat dan Umas.
Sarawak Land Consolidation And Rehabilitation Authority (SALCRA)
Ditubuhkan pada tahun 1976 yang bekerjasama dengan FELDA untuk pembukaan ladang kelapa sawit di wilayah Bau-Lundu, Serian, Sri Aman dan Saratok-Saribas.
Urban Development Authority (UDA)
Dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Bandar yang ditubuhkan pada tahun 1971, berperanan dalam sektor pembangunan industri dan pembangunan bandar baharu.
Permodalan Nasional Berhad (PNB)
Ditubuhkan pada 17 Mac 1978 untuk menambah pemilikan modal saham bumiputera dalam sektor korporat bagi mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera.
Industri Kecil Dan Sederhana (IKS)
Merujuk industri pembuatan barangan menggunakan modal yang kecil dan tenaga kerja yang tidak ramai meliputi kraf tangan, makanan, pakaian dan inap desa.
Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
Kesinambungan DEB yang dirangka untuk tempoh 10 tahun (1991-2000) bagi mencapai perpaduan negara melalui pengagihan kekayaan berdasarkan Wawasan 2020. Dilancarkan pada 17 Jun 1991.
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Perdana Menteri Malaysia keempat yang melancarkan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 17 Jun 1991 dan dasar penswastaan pada bulan Mac 1983.
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2)
Rangka rancangan pelaksanaan DPN untuk tempoh 10 tahun (1991-2000) melalui Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) dan Ketujuh (1996-2000).
Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)
Golongan yang dibentuk di bawah DEB dan DPN bertepatan dengan Perkara 153 Perlembagaan, bagi membentuk kelas bumiputera komersial dalam sektor korporat.
Dasar Penswastaan
Dilancarkan pada bulan Mac 1983 untuk meningkatkan produktiviti, kualiti dan mempercepat pembangunan ekonomi melalui pelaburan modal oleh sektor swasta.
Pertanian Pintar
Bermaksud penggunaan teknologi pintar seperti biji benih berkualiti, jentera kawalan jauh dan dron bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.
The Heavy Industries Corporation Of Malaysia Berhad (HICOM)
Ditubuhkan pada tahun 1980 untuk mengendalikan perindustrian berteknologi tinggi bagi memperkukuh asas perindustrian negara.
Estet Perindustrian
Dibangunkan oleh PKEN, Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah dan swasta sebagai bandar terancang yang mengandungi kawasan perumahan, pusat perniagaan, perindustrian dan rekreasi.
Taman Teknologi Perindustrian
Merupakan pusat penyelidikan dan pembangunan industri di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia untuk membangunkan teknologi perindustrian.
Zon Perindustrian Bebas
Kawasan perdagangan yang diberi pelepasan cukai atau tarif sebagai insentif untuk menarik pengusaha melabur dan merangsang ekonomi.
Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON)
Ditubuhkan pada 7 Mei 1983 untuk memelopori industri kereta tempatan. Proton Saga ialah kereta nasional pertama yang dilancarkan pada 1 September 1985.
Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA)
Syarikat industri kereta tempatan yang ditubuhkan pada tahun 1993 bagi menghasilkan kenderaan buatan Malaysia.
Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS)
Syarikat pengeluar motosikal nasional yang menghasilkan pelbagai model motosikal kecil 200 cc untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.