πŸ“– SEJARAH TINGKATAN 5
BAB 6: CABARAN SELEPAS PEMBENTUKAN MALAYSIA

(Disarankan untuk paparan yang lebih luas dan fokus.)

πŸ—Ί️ Peta Nota Ringkas

Klik pada tahap di bawah untuk membaca nota penuh.

πŸ“Œ 6.1 Cabaran Dalaman Malaysia
πŸ‡ΈπŸ‡¬ 6.2 Pemisahan Singapura
⚔️ 6.3 Menangani Ancaman Komunis
πŸ“ˆ 6.4 Isu Pembangunan dan Ekonomi
🀝 6.5 Tragedi Hubungan antara Kaum

πŸƒ Kad Memori Glosari

Klik kad untuk menterbalikkan istilah dan maksudnya.

Stephen Kalong Ningkan
Ketua Menteri Sarawak yang dicabar kepimpinannya pada Jun 1966 dan dipecat oleh Gabenor. Beliau menang kes di Mahkamah Tinggi Sarawak pada September 1966 tetapi mendapat undi tidak percaya dari Council Negri.
Tawi Sli
Individu yang menggantikan Stephen Kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri Sarawak selepas darurat diisytiharkan pada bulan September 1966 berikutan krisis politik yang mengancam keselamatan.
Lee Kuan Yew
Pemimpin Singapura yang tidak berpuas hati dengan peranan kerajaan Singapura yang terhad dan menuntut hak sama rata melalui kempen Malaysian Malaysia. Beliau menandatangani persetujuan pemisahan pada 7 Ogos 1965.
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Perdana Menteri Malaysia yang membawa usul pemisahan Singapura ke dalam Parlimen Malaysia pada 9 Ogos 1965 bagi mengelakkan kekerasan dan menjaga keamanan negara.
Tun Abdul Razak Hussein
Pemimpin yang bermesyuarat dengan menteri lain pada 1 Julai 1965 tentang pemisahan Singapura dan kemudian mempengerusikan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) bermula 16 Mei 1969.
Pasaran Bersama
Beberapa negara yang menghapuskan cukai antara mereka dan mengenakan cukai import yang sama terhadap negara lain. Tuntutan disegerakan oleh Singapura yang membawa kepada faktor ekonomi pemisahan.
Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU)
Organisasi yang dibentuk oleh ahli komunis Sarawak yang melarikan diri ke Kalimantan untuk menentang gagasan Malaysia dan membentuk republik komunis di Sarawak.
Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU)
Pasukan bersenjata yang dibentuk di bawah PKKU bagi meneruskan penentangan dan bertujuan untuk membentuk sebuah republik komunis di Sarawak.
Pasukan Gerila Rakyat Sarawak (PGRS)
Bersama PARAKU, ia merupakan sayap bersenjata yang digunakan oleh komunis untuk meneruskan usaha dan penentangan membentuk republik komunis di Sarawak.
Operasi Hammer
Operasi memenangi hati rakyat bermula Julai 1965 di Bahagian Pertama Sarawak. 1200 keluarga Hakka dipindahkan ke tiga petempatan (Siburan, Beratok, Tapah) yang dikawal ketat 24 jam. Tamat pada tahun 1970.
Operasi Jala Raja
Operasi ketenteraan yang dilancarkan pada 24 Februari 1970 di Nonok (Asajaya) di Bahagian Pertama Sarawak untuk membanteras komunis.
Operasi Sri Aman
Operasi pada 21 Oktober 1973 di Sri Aman, Sarawak. Membawa kepada penyerahan diri anggota komunis (CCO). Operasi ditamatkan pada Julai 1974.
Rajang Area Security Command (RASCOM)
Dibentuk pada 26 Mac 1972 di Bahagian Ketiga (Sibu, Mukah, Kanowit, Sarikei, Binatang, Julau) oleh Tun Abdul Razak Hussein bagi mempercepatkan usaha membanteras ancaman komunis.
Bong Kee Chok
Pemimpin komunis CCO yang menulis surat kepada Ketua Menteri Sarawak pada 13 Oktober 1973 untuk berunding, seterusnya membawa kepada seramai 500 anggota komunis menyerah diri.
Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya'kub
Ketua Menteri Sarawak yang menandatangani memorandum persefahaman dengan komunis di Rumah Sri Aman pada 21 Oktober 1973, mengakhiri ancaman komunis di Sarawak.
Tan Sri Abdul Rahman Hashim
Ketua Polis Negara yang telah ditembak mati dengan kejam oleh anggota Parti Komunis Malaya (PKM) di Kuala Lumpur pada 7 Jun 1974.
Tan Sri Khoo Chong Kong
Ketua Polis Negeri Perak yang telah ditembak mati bersama-sama pemandunya oleh pihak komunis di Ipoh pada 13 November 1975.
Strategi Counterinsurgency (COIN)
Langkah keselamatan dan pembangunan untuk memenangi hati dan fikiran rakyat bagi menyokong agenda kerajaan memerangi komunis. Melibatkan kerjasama pasukan keselamatan, ahli politik dan agensi kerajaan.
Perjanjian Kerjasama Sempadan Memerangi Komunis 1976
Persefakaman antara kerajaan Malaysia dan Thailand untuk menjalankan operasi bersama dan membina pagar sempadan kerana komunis membina khemah di luar sempadan negara.
Perjanjian Hat Yai
Perjanjian pada 2 Disember 1989 di Thailand antara PKM, Malaysia dan Thailand. PKM bersetuju membubarkan unit bersenjata dan memusnahkan senjata api, menandakan tamatnya gerakan bersenjata PKM.
Rancangan Malaysia Pertama
Rancangan pembangunan (1966-1970) yang bertujuan mengatasi masalah penduduk berpendapatan rendah, menaik taraf sistem pendidikan, dan mengukuhkan integrasi di Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah.
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
Badan berkuasa memerintah negara sewaktu darurat (16 Mei 1969 - 23 Februari 1971) selepas peristiwa 13 Mei. Diketuai Tun Abdul Razak Hussein untuk menyelesaikan masalah perpaduan dan ekonomi.
Akta Hasutan 1948
Undang-undang yang dikuatkuasakan semula oleh pihak MAGERAN semasa zaman darurat 1969 bagi menjamin keselamatan awam agar keharmonian rakyat pelbagai kaum terkawal.
Sultan Idris Iskandar Shah II
Sultan Perak yang menitahkan rakyat menjaga keamanan sewaktu tercetusnya rusuhan kaum pada tahun 1969. Nasihat baginda membawa kepada penubuhan Jawatankuasa Muhibah di negeri Perak.