📖 SEJARAH TINGKATAN 5
BAB 10: KECEMERLANGAN MALAYSIA DI PERSADA DUNIA
(Disarankan untuk paparan yang lebih luas dan fokus.)
🗺️ Peta Nota Ringkas
Klik pada tahap di bawah untuk membaca nota penuh.
🌍 10.1 Malaysia dalam Isu Global Kontemporari
🤝 10.2 Peranan Malaysia dalam Hubungan Ekonomi Antarabangsa
🕊️ 10.3 Pelibatan Rakyat dalam Isu Kemanusiaan dan Keamanan
🌱 10.4 Usaha Mengekalkan Kelestarian Global
🚀 10.5 Wawasan Malaysia Menuju Masa Hadapan
🃏 Kad Memori Glosari
Klik kad untuk menterbalikkan istilah dan maksudnya.
Tarif
Bayaran yang dikenakan oleh kerajaan terhadap barang dan perkhidmatan yang diimport.
Cukai
Bayaran yang dikenakan oleh kerajaan terhadap orang perseorangan (perbadanan, syarikat, barang-barang) untuk perbelanjaan negara.
Spekulasi Mata Wang
Spekulasi mata wang wujud apabila seseorang membeli mata wang asing, bukan bertujuan mengimport sesuatu atau melabur dalam perniagaan luar negara tetapi untuk menjual semula pada masa hadapan dengan harga yang lebih tinggi.
Menambat Kadar Mata Wang
Menambat kadar mata wang bermaksud menetapkan satu kadar mata wang pada jumlah tertentu dan diperniagakan dengan kadar tersebut.
Gas Rumah Hijau
Peningkatan kadar gas karbon dioksida di atmosfera yang memanaskan bumi. Peningkatan ini berlaku disebabkan aktiviti manusia seperti penggunaan penyaman udara dan baja kimia.
Pemerdagangan Orang
Pemerdagangan orang didefinisikan sebagai perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan seperti merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang (Seksyen 2 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran, 2007).
Idec
International Drug Enforcement Conference (Persidangan Penguatkuasaan Dadah Antarabangsa) yang ditubuhkan pada tahun 1983 oleh Amerika Syarikat untuk memerangi bahaya penyalahgunaan dadah.
Interpol
International Criminal Police Organization (Polis Antarabangsa). Malaysia bekerjasama dengan organisasi ini dalam usaha memerangi dadah dan menggubal strategi operasi menangani masalah ini.
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Perdana Menteri Malaysia keempat yang terpilih sebagai Ketua Jawatankuasa Antidadah Antarabangsa pada tahun 1988 di forum PBB, menunjukkan kelantangan Malaysia memerangi dadah. Beliau juga menulis buku The Malaysian Currency Crisis: How and Why It Happened.
Mapo
Council For Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants (Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran). Ditubuhkan oleh Malaysia pada tahun 2008 untuk menangani isu pemerdagangan manusia.
Atipsom 2007
Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 (Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran, 2007). Dikuatkuasakan oleh Malaysia untuk menghukum pesalah sindiket pemerdagangan orang.
Afta
ASEAN Free Trade Area (Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN). Lahir pada tahun 1992 untuk menjadikan kawasan ASEAN sebagai tempat produksi yang kompetitif dan mengurangkan tarif serta cukai barangan antara negara anggota.
Inceif
International Centre for Education in Islamic Finance (Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam). Ditubuhkan oleh Malaysia untuk menyokong perkembangan kewangan Islam selaras dengan matlamat mengantarabangsakan sistem ini.
Aman Palestin
NGO yang didaftarkan secara rasmi pada tahun 2006. Menjadi organisasi yang giat membantu rakyat Palestin secara kolektif, sistematik, berterusan dan berkesan dengan menyalurkan bantuan kebajikan.
Cinta Gaza Malaysia (CGM)
NGO yang diasaskan oleh Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman dan beroperasi sejak tahun 2013. Menjalankan aktiviti kutipan dan sumbangan kepada penduduk Gaza serta melancarkan Projek Ramadan 2020.
Mercy Malaysia
Malaysian Medical Relief Society. Ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood. Aktif memberikan bantuan perubatan membina semula pusat kesihatan komuniti di Aceh dan membangunkan infrastruktur di Sri Lanka selepas tsunami 2004.
Deklarasi Langkawi
Diadakan pada bulan Oktober 1989 bersempena Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel. Dilaksanakan sebagai usaha menangani isu alam sekitar terutama kesan rumah hijau, kerosakan dan penipisan ozon serta pencemaran.
Agenda 21
Dokumen umum yang dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada tahun 1992. Menyentuh tindakan pembangunan abad ke-21 bagi mengatasi masalah kemiskinan, kebuluran dan kemerosotan ekosistem.
Seanwfz
Southeast Asian Nuclear-Weapon-Free-Zon (Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara). Ditandatangani pada tahun 1995. Menekankan agar negara yang terlibat tidak mengembangkan, mengeluarkan, memperoleh, memiliki atau mengawal senjata nuklear.
Suhakam
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. Sebuah badan berkaitan dengan hak asasi manusia yang ditubuhkan pada tahun 1999 sebagai langkah proaktif Malaysia melindungi hak dan menangani isu berkaitan pelarian dan PATI.