📖 SEJARAH TINGKATAN 3
BAB 7: PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN
(Disarankan untuk paparan yang lebih luas dan fokus.)
🗺️ Peta Nota Ringkas
Klik pada tahap di bawah untuk membaca nota penuh.
🛡️ 7.1 Matlamat dan Bentuk Penentangan Masyarakat Tempatan
📜 7.2 Sistem Pentadbiran Barat Memberikan Kesan Terhadap Kuasa Pemerintahan dan Kehidupan Masyarakat Tempatan
⚔️ 7.3 Penentangan Masyarakat Tempatan Terhadap Kuasa Barat
🤝 7.4 Kesan Penentangan Masyarakat Tempatan
🃏 Kad Memori Glosari
Klik kad untuk menterbalikkan istilah dan maksudnya.
Dol Said
Nama sebenar beliau ialah Abdul Said bin Omar dan dikenali sebagai Penghulu Naning Seri Merah Raja Dol Said. Beliau dilahirkan pada tahun 1773 dan berasal daripada suku Semelenggang. Beliau menentang bayaran cukai hasil tahunan sebanyak 1/10 yang dikenakan oleh British terhadap Naning. Beliau mendakwa Naning ialah sebuah negeri yang merdeka.
Yamtuan Antah
Tunku Antah ialah anak Raja Radin Yamtuan Besar Negeri Sembilan. Pada tahun 1875, Yamtuan Antah dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti. Beliau menentang campur tangan British di Sungai Ujong kerana menggugat kedaulatan bangsa dan bimbang British meluaskan kuasa ke wilayah sekitarnya.
Dato' Bahaman
Nama asalnya Abdul Rahman bin Imam Noh. Beliau dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segara. Beliau menentang British di Pahang kerana hilang hak mengutip cukai dan pembinaan balai polis tanpa pengetahuannya.
Rentap
Nama asalnya Libau. Rentap bermaksud penggoncang dunia. Beliau lahir pada tahun 1800. Beliau juga digelar Raja Ulu dan Raja Darat. Merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas. Beliau menentang kerana dituduh oleh James Brooke sebagai lanun dan James Brooke menghapuskan petempatan orang Iban.
Sharif Masahor
Sharif Masahor ialah pembesar Sarikei di kawasan Sungai Rajang. Beliau dilantik oleh Sultan Abdul Mumin Brunei pada tahun 1849. Beliau berasal dari Kampung Igan. Kewibawaan Sharif Masahor tergugat apabila Sarikei diletakkan di bawah pentadbiran Brooke.
Tok Janggut
Nama sebenar Tok Janggut ialah Haji Hassan bin Munas. Beliau lahir pada tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan. Beliau menentang kekerasan pentadbiran Encik Abdul Latiff, Ketua Jajahan Pasir Puteh dan menentang peraturan cukai yang diperkenalkan pada tahun 1915 yang mewajibkan petani membayar cukai tanah. Beliau bersemangat jihad menentang British.
Mat Salleh
Mat Salleh atau Mohammad Salleh dilahirkan di Inanam Sabah. Beliau berketurunan Bajau dan Suluk. Menentang tindakan SBUB yang mengambil alih hak memungut cukai sehingga menyebabkan pembesar tempatan kehilangan kuasa.
Mat Sator
Merupakan orang kanan dan Ketua Leftenan Mat Salleh yang bertanggungjawab melindungi kubu Mat Salleh di Tibabar. Beliau juga pemimpin Kadazandusun di Tambunan. Beliau turut dikenali sebagai Mat Jator. Beliau meneruskan perjuangan selepas kematian Mat Salleh pada tahun 1900.
Dato' Maharaja Lela
Dato' Maharaja Lela Pandak Lam ialah keturunan Daeng Salili anak Raja Bugis yang berasal dari daerah Luwuk, Sulawesi. Beliau ialah Orang Besar Berlapan Perak yang mentadbir Pasir Salak. Bangkit menentang British kerana Residen British mengambil alih kuasa Sultan, pengambilan hak mengutip cukai dan Residen British yang mencabuli adat resam orang Melayu.
Haji Abdul Rahman Limbong
Ketua gerakan Kebangkitan Tani. Nama penuh Haji Abdul Rahman bin Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir. Keluarganya berasal dari Patani dan Terengganu. Beliau lahir pada tahun 1868 dan meninggal dunia di Makkah pada tahun 1929. Beliau menentang pengenalan pentadbiran Barat di Terengganu dan menolak undang-undang tanah yang berlawanan dengan hukum syarak.
Perang Naning Pertama
Berlaku pada tahun 1831 di mana Dol Said dan pengikutnya berjaya mengalahkan British. Dol Said bermuafakat dengan pemimpin Rembau dan mengadakan pakatan dengan orang Melayu dari wilayah yang lain seperti Yamtuan Muda Raja Ali, Penghulu Gemenceh, Dato' Kelana Sungai Ujong, dan lain-lain.
Perang Naning Kedua
Berlaku pada tahun 1832. Permuafakatan Dol Said dengan pembesar Melayu lain tidak kekal lama kerana British berjaya memecahbelahkan pakatan tersebut. Yamtuan Rembau dan pembesar lain enggan memberikan bantuan kepada Dol Said. British berjaya menakluki Taboh pusat pentadbiran Naning.
Majlis Mesyuarat Negeri
Dikenali sebagai MMN. Ditubuhkan oleh British yang ahlinya dilantik oleh sultan setelah dicadangkan oleh Residen. MMN menjadi badan penasihat sultan dan meluluskan Perintah atau Peraturan Sultan dalam Majlis Mesyuarat.
Kolej Melayu Kuala Kangsar
Ditubuhkan pada tahun 1905 di Perak selari dengan langkah British merombak semula skim penempatan pegawai yang mewajibkan penempatan pegawai British mengetahui adat istiadat Melayu.
Perkhidmatan Awam Tanah Melayu
Dikenali sebagai Malayan Civil Service (MCS). British memberikan peluang kepada aristokrat Melayu untuk menyertai perkhidmatan ini bagi tujuan pentadbiran.
Perkhidmatan Tadbir Melayu
Dikenali sebagai Malay Administrative Service (MAS). Ditubuhkan oleh British bagi melibatkan orang Melayu dalam pentadbiran kerajaan.
Durbar
Sistem yang diperkenalkan oleh British yang memberikan peluang kepada sultan, Ahli Mesyuarat Negeri dan pembesar Melayu menyuarakan pandangan mereka dengan bebas berkaitan perkara yang melibatkan kepentingan bersama.
Senapang Flintlock
Senjata yang digunakan oleh angkatan tentera Dol Said yang memperoleh bantuan dari Rembau dan wilayah jiran Naning ketika membuat serangan hendap terhadap tentera British.
Lela Rentaka
Meriam kecil yang mudah dibawa ke medan pertempuran yang digunakan oleh angkatan Dol Said menentang tentera British.
Bujang Timpang Berang
Meriam yang diperbuat daripada besi yang digunakan oleh Rentap dalam usaha mematahkan serangan keluarga Brooke di kubu pertahanannya di Bukit Sadok.