📖 SEJARAH TINGKATAN 1
BAB 8: TAMADun ISLAM DAN SUMBANGANNYA

(Disarankan untuk paparan yang lebih luas dan fokus.)

🗺️ Peta Nota Ringkas

Klik pada tahap di bawah untuk membaca nota penuh.

🐪 8.1 Latar Belakang Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam
🕋 8.2 Kemunculan dan Perkembangan Tamadun Islam
👑 8.3 Ketokohan Nabi Muhammad SAW sebagai Pemimpin
⚖️ 8.4 Sumbangan Tamadun Islam kepada Dunia
🕌 8.5 Sumbangan Tamadun Islam dalam Bidang Seni Bina

🃏 Kad Memori Glosari

Klik kad untuk menterbalikkan istilah dan maksudnya.

Zaman Jahiliah
Zaman kegelapan masyarakat Arab selepas keruntuhan Empangan Maarib (300 M). Perkataan berasal dari 'jahala' (jahil), di mana mereka tiada nabi, tiada kitab suci sebagai petunjuk, serta menolak undang-undang Allah SWT dan nilai Islam.
Semangat Assabiyah
Penyatuan masyarakat berkabilah yang adalah berdasarkan keturunan. Mereka bermegah dengan kabilah masing-masing dan sering berperang untuk merebut kuasa, pengaruh dan harta.
Kaum Hadhari
Masyarakat Arab sebelum Islam yang tinggal di kota dengan menjalankan perniagaan secara kafilah dan memiliki binatang ternakan.
Kaum Badwi
Masyarakat Arab sebelum Islam yang hidup secara nomad dengan memelihara binatang ternakan (unta, kambing, biri-biri) dan berpindah-randah mencari rumput dan air. Terdapat juga yang mengamalkan sistem tukar barang.
Wathani
Kepercayaan menyembah berhala dalam kalangan masyarakat Arab Jahiliah. Antaranya termasuklah al-Latta, al-Uzza, al-Manat dan Hubal dengan 360 buah berhala di sekeliling Kaabah.
Pasar Ukaz
Tempat temasya tahunan di mana sebilangan kecil masyarakat Arab Jahiliah bersyair, bersajak dan berpidato. Karya yang dianggap bermutu akan dibaca dan digantung di Kaabah.
Piagam Madinah
Perlembagaan yang dirangka oleh Nabi Muhammad SAW selepas berhijrah ke Madinah untuk membentuk sebuah negara Islam yang adil dan maju. Ia menjadikan Islam sebagai agama rasmi dan menyatukan masyarakat Islam serta bukan Islam.
Konsep Ummah
Konsep yang diwujudkan oleh Tamadun Islam di mana masyarakat disatukan tanpa mengira agama dan keturunan, dan setiap anggota masyarakat mempunyai tanggungjawab yang sama untuk bekerjasama memajukan negara.
Sistem Syura
Mesyuarat yang diadakan untuk mencapai keputusan mengikut suara ahli yang terbanyak secara muafakat. Sistem ini diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW.
Institusi Baitulmal
Institusi kewangan yang fungsinya seperti perbendaharaan negara yang mengurus kewangan untuk pembangunan negara. Diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW meliputi zakat, cukai, sedekah, dan harta peperangan.
Musta'rab / Mozarab
Gelaran bagi orang Kristian di Sepanyol yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Arab, seperti dalam berpakaian, makanan dan hubungan sosial. Melalui golongan ini Tamadun Islam tersebar ke masyarakat Eropah.
Ibn Sina
Tokoh perubatan dan ahli falsafah Islam (Avicenna) yang masyhur dengan bukunya al-Qanun fi al-Tib. Karyanya telah mempengaruhi ahli falsafah Barat, Albert the Great.
Al-Khawarizmi
Tokoh ilmuan Islam dalam bidang matematik yang merupakan pengasas ilmu algebra. Pengasas kitab Hisab al-Jabr wa al Muqabalah yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin sebagai teks asas universiti di Barat.
Al-Biruni
Tokoh ilmuan Islam yang mana kajian utamanya dalam bidang kartografi (peta) dan geografi. Kebanyakan orang Eropah telah belayar dengan menggunakan peta yang dicipta oleh beliau.
Arabes
Corak hiasan pada catan, ukiran kayu dan seumpamanya yang bermotifkan tumbuh-tumbuhan, haiwan atau manusia yang disusun dengan garisan bersegi, bergeometri atau berlengkok-lengkok (awan larat) yang menjadi nilai estetika seni bina Islam.
Masjid Quba'
Masjid tertua di dunia yang dibina pada zaman Nabi Muhammad SAW yang berfungsi sebagai tempat beribadat dan menyampaikan maklumat. Ia menjadi model pembinaan masjid yang lain sehingga kini.